Sabtu, 28 November 2020 | 12:59pm

ATM tingkatkan kesiapsiagaan kawal sempadan

RANTAU PANJANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kesiapsiagaan di sepanjang sempadan negara susulan insiden anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak di Perlis, baru-baru ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan, berkata pihaknya mempergiatkan lagi rondaan di kawasan panas yang dikenal pasti selain menggunakan dron serta mengatur pengukuhan aktiviti risikan.

Katanya, setiap anggota tentera yang bertugas dikehendaki memakai helmet balistik dan jaket kalis peluru merangkumi anggota yang melakukan rondaan, pos pemerhati, pos pendengaran dan pengawal atau sentri.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja 6 (6 RAMD) mendengar taklimat sebelum mengawal di sepanjang Sungai Golok untuk mempergiatkan lagi rondaan di kawasan 'Hotspot' yang dikenalpasti susulan insiden anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditembak di Perlis, baru-baru ini bagi membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan antara sempadan Malaysia-Thailand dalam Operasi Benteng di Pangkalan Haram Balai Polis, Lubok Stol, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

"Setakat ini, seramai 275 anggota bertugas untuk Operasi Benteng, menjaga sempadan Malaysia-Thailand, selain satu pasukan khas di kem Pengkalan Chepa sentiasa bersedia jika diperlukan.

"Peningkatan kesiapsiagaan ini juga bagi memastikan misi dan tugas yang diberi oleh ATM dan Tentera Darat kepada pasukan operasi tidak dikompromi sama sekali," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan Operasi Benteng oleh Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja 6 (6 RAMD) di Pangkalan Haram Balai Polis, Lubok Stol, di sini, hari ini.

Zamsari berkata, trend kes penyeludupan juga semakin menurun di sepanjang Sungai Golok hasil kerjasama baik dan perkongsian maklumat dengan agensi keselamatan lain termasuk pemasangan kawat duri di beberapa kawasan panas.

Tambahnya, memandangkan sempadan kini bakal menghadapi musim banjir, setiap anggota dipastikan untuk sentiasa bersedia serta tidak meninggalkan pos masing-masing.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja 6 (6 RAMD) mengawal di sepanjang Sungai Golok untuk mempergiatkan lagi rondaan di kawasan 'Hotspot' yang dikenalpasti susulan insiden anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditembak di Perlis, baru-baru ini bagi membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan antara sempadan Malaysia-Thailand dalam Operasi Benteng di Pangkalan Haram Balai Polis, Lubok Stol, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Berita Harian X