Selasa, 24 November 2020 | 8:53am

Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir

KUALA TERENGGANU: Tiga daerah di Terengganu kembali dilanda banjir apabila kediaman penduduk di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun mula dinaiki air.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 192 mangsa daripada 57 keluarga yang terjejas ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman, berkata daerah Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 155 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di dua penempatan sementara iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan Balai Raya Alor Damat.

Beliau berkata, sebanyak 45 keluarga membabitkan 151 mangsa ditempatkan di SK Tok Jembal, manakala empat mangsa daripada satu keluarga kini berada di Balai Raya Alor Damat.

Anggota polis membantu memindahkan mangsa banjir untuk dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori
Anggota polis membantu memindahkan mangsa banjir untuk dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori

Penduduk membawa barang keperluan selepas kediaman mereka dinaiki air di Taman Murni Permai malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori
Penduduk membawa barang keperluan selepas kediaman mereka dinaiki air di Taman Murni Permai malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori

Penduduk setempat, Muhammad Aiman Razali, 18, mengangkat pasu bunga milik ibunya yang dihanyutkan banjir ketika tinjauan di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori
Penduduk setempat, Muhammad Aiman Razali, 18, mengangkat pasu bunga milik ibunya yang dihanyutkan banjir ketika tinjauan di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori

Penduduk setempat Ahmad Nasiruddin Radzaly, 32, (kanan) bersama anak saudaranya membersihkan rumah mereka di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - Foto BERNAMA
Penduduk setempat Ahmad Nasiruddin Radzaly, 32, (kanan) bersama anak saudaranya membersihkan rumah mereka di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. - Foto BERNAMA

"Di Kuala Terengganu, seramai 15 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke SK Chendering.

"Kita turut membuka pusat penempatan sementara di Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dungun bagi menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas.

"Kesemua kesemua mangsa mula dipindahkan secara berperingkat sejak malam tadi selepas rumah mereka mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak petang semalam," katanya.

Fatimah Hassan dan suami, Talib Samsudin mengeluarkan air yang bertakung di dalam di rumahnya selepas kediaman mereka dinaiki air Taman Murni Permai malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori
Fatimah Hassan dan suami, Talib Samsudin mengeluarkan air yang bertakung di dalam di rumahnya selepas kediaman mereka dinaiki air Taman Murni Permai malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori
Berita Harian X