Isnin, 23 November 2020 | 9:23am
Mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal, Alor Gajah. - Foto NSTP

Mangsa banjir di Melaka berkurangan 471 orang pagi ini

MELAKA: Mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 471 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding 496 mangsa, malam tadi.

Menurut aplikasi infoBencanaJKM, seramai 25 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di Alor Gajah, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, malam tadi.

PPS SK Durian Tunggal sebelum ini menempatkan 71 mangsa daripada 15 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Sementara itu, PPS di SK Ayer Molek di Melaka Tengah menempatkan 100 mangsa (29 keluarga).

Di Jasin, jumlah mangsa banjir ditempatkan di SK Tehel adalah 125 mangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen seramai 61 mangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil seramai 122 mangsa.

Sebanyak enam PPS masih kekal dibuka di tiga daerah di negeri ini sejak banjir mula melanda Jumaat lalu. - BERNAMA

Suri rumah, Noorhaidah Noordin, 51, membersihkan ruang dapur di rumahnya yang terjejas selepas banjir kilat di Kampung Gadek Dalam, Alor Gajah, semalam. - Foto BERNAMA

Sukarelawan setempat bergotong royong membersihkan sebuah rumah penduduk warga emas yang terjejas susulan banjir kilat semalam di Kampung Gadek Dalam, Alor Gajah, semalam. - Foto BERNAMA

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali (kiri) mendengar penerangan situasi banjir daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Melaka Tengah, Kapt (PA) Awang Bohari Awang Ahet (kanan) sebelum melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di Melaka, semalam. - Foto BERNAMA

Berita Harian X