Sabtu, 21 November 2020 | 7:21pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - FOTO BERNAMA
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - FOTO BERNAMA

COVID-19: 3 kluster baharu dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA: Tiga kluster baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan masing-masing satu di Selangor, Johor dan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Penjara Jalan Harapan yang membabitkan Penjara Sungai Buloh, dikesan di Selangor dengan 17 kes disahkan positif, setakat ini.

"Kluster Kota Kecil pula dikesan di Kota Tinggi, Johor, dan sudah menjangkiti sembilan individu.

"Seterusnya, Kluster Sky Coklat di Labuan dengan tujuh individu telah disahkan positif," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Berita Harian X