Sabtu, 21 November 2020 | 2:48pm
SPRM mengemukakan permohonan untuk menyambung reman 10 suspek sindiket cop Imigresen dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

Sindiket cop Imigresen: 3 lagi termasuk timbalan pengarah ditahan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung siasatan kes rasuah membabitkan cop sempadan.

Ketiga-tiga mereka berusia antara 38 hingga 54 tahun ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata, hingga kini seramai 53 orang sudah ditahan berkaitan sindiket rasuah dalam urusan cop Imigresen di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat yang bermula sejak 16 November lalu.

SPRM menahan tiga lagi pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung siasatan kes rasuah membabitkan cop sempadan.

"Ini termasuk 33 orang pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, klia2 dan Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru.

"Ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman terhadap 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

SPRM mengemukakan permohonan untuk menyambung reman 10 suspek sindiket cop Imigresen dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.
SPRM mengemukakan permohonan untuk menyambung reman 10 suspek sindiket cop Imigresen dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

Sebelum ini seramai 50 individu ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai Imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam operasi berkenaan.

SPRM berkata penahanan semua suspek adalah berkaitan siasatan sindiket urusan khidmat cop sempadan.

Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.

Berita Harian X