Sabtu, 14 November 2020 | 1:27am

Syafiq Kyle, Mimi Lana menang Gandingan Serasi Filem Popular

KUALA LUMPUR: Pertama kali bergandingan di layar perak menghadiahkan kenangan manis buat pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana apabila mereka mengungguli kategori Gandingan Serasi Filem Popular.

Keserasian yang ditunjukkan mereka ketika membintangi filem Pusaka cukup menyerlah hingga menghampakan pencabar terdekat iaitu Zul Ariffin dan Mira Filzah (Sangkar); Nur Fazura dan Remy Ishak (Dendam Pontianak) serta Zahiril Adzim dan Dayana Roza (Kron).

Sebelum ini, Syafiq dan Mimi pernah menjalinkan hubungan cinta. Namun, ikatan terjalin selama lima tahun itu terlerai apabila Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, mengesahkan mereka sudah berpisah, Mei lalu.

GANDINGAN Syafiq Kyle bersama Mimi Lana dalam filem Pusaka.
GANDINGAN Syafiq Kyle bersama Mimi Lana dalam filem Pusaka.
Berita Harian X