Sabtu, 14 November 2020 | 12:00am

Haqiem Rusli rangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33

KUALA LUMPUR: Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.

Terdahulu, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.

Haqiem bersama hadiah kemenangan kereta Nissan LEAF tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263.
Haqiem bersama hadiah kemenangan kereta Nissan LEAF tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263.

Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 pada malam kemuncak di Axiata Arena, Bukit Jalil.- Foto NSTP
Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 pada malam kemuncak di Axiata Arena, Bukit Jalil.- Foto NSTP

Haqiem juga mengungguli kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian bagi edisi kali ini manakaa pada ABPBH 32 tahun lalu, Haqiem turut memenangi kategori sama melalui lagu Selamat Tinggal Sayang.

Haqiem yang mula terbabit dalam dunia seni sejak menyertai program realiti, Idola Kecil terbitan TV9 pada 2008, menunjukkan peningkatan cemerlang sepanjang tahun lalu melalui karya yang dihasilkan selain menjalin hubungan erat dengan pengikut terutama kelab peminat.

"Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki untuk hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan mak abah yang sedang menonton sekarang ini. Saya harap mak abah bangga dengan saya. Terima kasih kepada Berita Harian, TV3, rakan-rakan dan Qiemillo yang mengundi saya.

"Saya tak pernah menjangkakan kemenangan ini. Insya-Allah, saya akan menggunakan anugerah dengan sebaik-baiknya. Jujurnya, ia sangat besar bagi saya.

"Anugerah ini tak pernah saya jangka, saya tak tahu nak cakap. Saya sangat gembira dengan anugerah ini," katanya.

Haqiem bersama hadiah kemenangan kereta Nissan LEAF tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263.
Haqiem bersama hadiah kemenangan kereta Nissan LEAF tajaan tajaan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100 peratus dan sifar emisi bernilai RM181,263.
Berita Harian X