Jumaat, 13 November 2020 | 7:43pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian situasi terkini jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 1,304 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 45,095 kes manakala sebanyak 900 kes sembuh dan satu kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 304 kes. - Foto Luqman Hakim Zubir

COVID-19: Pesakit ada komplikasi lain punca lama dirawat

KUALA LUMPUR: Pesakit COVID-19 yang lama dirawat di hospital adalah disebabkan mereka berdepan dengan komplikasi kesihatan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata di Malaysia pesakit warga tempatan yang paling lama dirawat adalah sehingga 98 hari manakala warga asing ialah selama 108 hari.

"Berbanding ketika permulaan COVID-19 dahulu, ada pesakit yang menunggu sehingga hari ke-73 sebelum dibenarkan keluar, kerana kita menanti keputusan negatif dulu.

"Pesakit yang berada lama di hospital dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berdepan dengan komplikasi seperti jangkitan kuman, pembekuan darah dan sebagainya.

"Dua individu yang paling lama dirawat berkenaan sudah pun keluar dari hospital," katanya dalam sidang akhbar kesihatan COVID-19, hari ini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kes pesakit COVID-19 paling lama di Britain yang dirawat di hospital selama 222 hari.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit itu turut berdepan komplikasi lain seperti pembekuan darah di jantung.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X