Jumaat, 13 November 2020 | 7:09pm

COVID-19: Empat kluster baharu dikesan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu termasuk dua di Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kluster di Sabah dikesan di Sandakan iaitu Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B.

"Kluster Bonggaya membabitkan kes indeks yang dikenal pasti hasil saringan komuniti pada 27 Oktober lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent manakala saringan kontak rapat mengesan 45 kes positif COVID-19.

"Kluster Jambatan B dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober dan dimasukkan ke hospital sama.

"Saringan kontak rapat mengesan 52 lagi kes positif," katanya dalam sidang akhbar kesihatan COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Abell di Kuching, Sarawak mengesan 14 kes dikesan positif dengan 43 individu masih menunggu keputusan saringan.

"Di Jasin, Melaka pula, KKM mengesan Kluster BMU yang dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 11 November dan dimasukkan ke Hospital Melaka. 10 kes dikesan positif bagi kluster ini," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kakitangan KKM melakukan ujian calitan ke atas seorang penduduk bagi saringan COVID-19 dari rumah ke rumah di Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan, hari ini. - BERNAMA
    Kakitangan KKM melakukan ujian calitan ke atas seorang penduduk bagi saringan COVID-19 dari rumah ke rumah di Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan, hari ini. - BERNAMA
    Berita Harian X