Rabu, 4 November 2020 | 8:21pm

COVID-19: Kes asrama pekerja kilang ada kaitan epidemiologi dengan Kluster Hentian

PUTRAJAYA: Kes COVID-19 di asrama pekerja kilang di Bangi, dekat sini, ada kaitan epidemiologi dengan Kluster Hentian yang dikesan kira-kira empat kilometer (km) dari kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes terbabit menyumbang kepada peningkatan jangkitan dalam Kluster Hentian.

"Hari ini, ada banyak pertambahan kes bagi kluster itu," katanya ketika diminta mengulas berita tular mengenai perkara berkenaan, pada sidang media, hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini, Kluster Hentian berada di tangga teratas bilangan jangkitan baharu dengan 67 kes.

Ia menjadikan jumlah kes positif dalam kluster itu ialah 325 kes, termasuk 84 telah sembuh.

Mengulas mengenai Kluster Dialisis yang dilaporkan hari ini pula, Dr Noor Hisham berkata, tiga petugas kesihatan kementerian itu ialah antara yang disahkan positif.

"Seorang daripada mereka membuat ujian saringan sporadik. Virus ini sudah ada dalam komuniti," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Gambar hiasan
    Gambar hiasan
    Berita Harian X