X
Jumaat, 30 Oktober 2020 | 5:41pm
TUDM membantu kerajaan menghantar bantuan makanan dan keperluan ke Sabah. Foto arkib NSTP
TUDM membantu kerajaan menghantar bantuan makanan dan keperluan ke Sabah. Foto arkib NSTP

Lebih 400 tan barang, makanan dihantar ke Sabah

KUALA LUMPUR: Sehingga kini 433, 886.5 kilogram bantuan barang, keperluan dan makanan dihantar ke Sabah sejak 22 Mac lalu bagi membantu negeri itu memerangi COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran itu membabitkan 17 misi penerbangan dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Walaupun saya adalah Menteri Pertahanan namun saya ingin sampaikan rasa terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TUDM yang memberi bantuan kepada kerajaan dalam menyampaikan bantuan ini ke Sabah.

"Sebenarnya untuk Sabah saja, sudah banyak kerajaan lakukan termasuk bantuan RM50 juta yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah untuk menangani COVID-19.

"Penularan wabak itu dilihat agak tinggi sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diisytiharkan," katanya.

Ismail Sabri sebelum itu berkata, bersama Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program penghantaran keperluan kritikal ke Sabah yang dilakukan di Pangkalan TUDM, pagi tadi.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X