Sabtu, 24 Oktober 2020 | 6:27pm

COVID-19: 7 kematian hari ini

PUTRAJAYA: Tujuh lagi kematian dilaporkan hari ini akibat COVID-19 membabitkan beberapa daerah di Sabah dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu membabitkan pesakit berumur antara 47 hingga 88 tahun.

Katanya, pertambahan kes jangkitan virus berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 sebanyak 221 kes bersamaan 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, dua kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan manakala satu kes masing-masing dilaporkan di Hospital Queen Of Elizabeth, Hospital Tuaran, Hospital Tawau, Hopital Lahad Datu dan Hospital Pulau Pinang.

"Kes kematian ke-215 membabitkan kes ke-13,507 iaitu lelaki berusia 88 tahun, beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

"Kes kematian ke-216 membabitkan kes ke 14,008 iaitu lelaki berusia 60 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi, asma dan gout. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

"Kes kematian ke-217 pula membabitkan kes ke 13,698 iaitu lelaki berusia 62 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis serta disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengenai kes kematian ke-218, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan kes ke-24,324 iaitu lelaki berusia 75 tahun mempunyai penyakit darah tinggi serta meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent.

"Turut disahkan meninggal di hospital sama ialah kes kematian ke-219, beliau ialah kes ke-24,323 iaitu lelaki berusia 72 tahun dan mempunyai penyakit dislipidemia, parkinson dan katarak.

"Bagi kes kematian ke-220, ialah kes ke 25,403 iaitu lelaki berusia 47 tahun, beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan buah pinggang yang kronik serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu," katanya.

Bagi kes kematian ke-221, Dr Noor Hisham berkata ia membabitkan kes ke-25,718 iaitu lelaki berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan hydrocephalus sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Luqman Hakim Zubir
    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Luqman Hakim Zubir
    Berita Harian X