Jumaat, 23 Oktober 2020 | 8:14pm
Masidi ketika sidang media mengenai perkembangan harian COVID-19 di Sabah. FOTO NSTP/MALAI ROSMAH TUAH
Masidi ketika sidang media mengenai perkembangan harian COVID-19 di Sabah. FOTO NSTP/MALAI ROSMAH TUAH

Sabah nafi mahu letak pesakit COVID-19 bawah 90 tahun di ICU

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menafikan wujud cadangan untuk menempatkan hanya pesakit positif COVID-19 berumur bawah 90 tahun di unit rawatan rapi (ICU) hospital.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pesakit dari semua peringkat umur yang memerlukan rawatan rapi akan ditempatkan di ICU dan kemudahan perubatan yang lain.

Beliau turut menjelaskan cadangan rawatan di rumah bagi pesakit tertentu yang dinyatakan sebelum ini dibuat jika sesuai dan membabitkan jangkitan semua ahli keluarga.

Hari ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan kewujudan kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Samudera di Sandakan.

Ia membabitkan kes ke-22,612 yang didapati positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada Selasa lalu, sebelum dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Berita Harian X