Selasa, 20 Oktober 2020 | 11:06pm
Penduduk mengambil air minuman dari Air Selangor di Rimba Jaya, Shah Alam. - Foto NSTP/Faiz Anuar
Penduduk mengambil air minuman dari Air Selangor di Rimba Jaya, Shah Alam. - Foto NSTP/Faiz Anuar

950 kawasan terima bekalan air

SHAH ALAM: Sejumlah 950 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan tugas sudah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga jam 9 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu adalah 74 peratus daripada 1,292 kawasan yang terbabit.

"Sebanyak 342 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di enam wilayah yang terjejas.

"Mengikut peratusan, Kuala Selangor merekodkan pemulihan paling tinggi iaitu 98 peratus; Petaling dengan 85 peratus; Kuala Lumpur (74 peratus); Gombak; (64 peratus); Klang (32 peratus), manakala Kuala Langat masih di tahap kosong peratus.

"Dapatkan maklumat yang sahih hanya di saluran komunikasi Air Selangor antaranya aplikasi Air Selangor, laman sesawang dan media sosial www.airselangor.com," katanya.

Semalam, LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Berita Harian X