X
Ahad, 18 Oktober 2020 | 10:33am
Gambar hiasan. - Foto NSTP
Gambar hiasan. - Foto NSTP

3 kes baharu COVID-19 di Dungun

KUALA TERENGGANU: Tiga kes positif COVID-19 dilaporkan di Kuala Abang, Dungun dekat sini, semalam, selepas hampir seminggu negeri itu tidak mencatatkan sebarang jangkitan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata kali terakhir dilaporkan ialah Ahad lalu, iaitu sebanyak 157 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 160 kes dengan 22 kes aktif.

"Seramai 160 individu dalam perhatian dan mereka sedang menjalani proses kuarantin di empat pusat kuarantin masing-masing di Kemaman, Besut, Marang serta Kuala Nerus.

"Seramai 22 individu kini sedang menjalani rawatan di hospital, " katanya melalui kenyataan hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, negeri itu turut mencatatkan enam kes individu sembuh.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X