Khamis, 15 Oktober 2020 | 7:48am

15 kawasan Klang, Shah Alam alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM: Sebanyak 15 kawasan dalam kawasan Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berdekatan pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang.

Air Selangor dalam kenyataannya, memaklumkan pihaknya terpaksa menutup bekalan air mulai jam 10.30 malam tadi untuk melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu.

"Kerja pembaikan dijangka selesai pada jam 9.30 pagi ini dan bekalan akan kembali pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang ini.

"Kawasan yang akan terjejas adalah Batu Belah, Sungai Putus dan Teluk Kapas; Sementa; Perepat; Jalan Kapar Batu 1 hingga 8 dan Klang Utama; Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru); Bandar Baru Klang; Taman Berkeley dan Eng Ann; Jalan Goh Hock Huat; Bandar Sultan Sulaiman.

"Jalan Pelabuhan Utara; Pelabuhan Utara; Kampung Sireh dan Seri Perantau; Kampung Keretapi; Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, selepas kerja pembaikan selesai, pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat.

Jelas kenyataan itu, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar dan lama sesawang di www.airselangor.com.

Berita Harian X