Rabu, 14 Oktober 2020 | 7:08pm

COVID-19: Kluster Kencana jangkit 17 individu

PUTRAJAYA: Hanya satu kluster baharu dilaporkan hari ini yang dikenali sebagai Kluster Kencana dan sehingga kini sudah menjangkiti 17 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan dikesan di beberapa daerah dan negeri iaitu Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak serta Cheras.

"Kluster ini turut dikesan di daerah Johor Bahru iaitu di Batu Pahat dan Pontian. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13,805) sudah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hasil saringan kontak rapat dijalankan terhadap 23 individu, dan daripada jumlah itu pihaknya berjaya mengesan 16 lagi kes positif COVID-19.

"Empat lagi individu negatif manakala dua kes masih menunggu keputusan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, pihaknya sudah menjalankan saringan kontak rapat terhadap 23 individu dan berjaya mengesan 16 lagi individu yang positif COVID-19.

"Sehingga kini, seramai 17 individu disahkan positif COVID-19 dalam kluster ini, manakala empat lagi individu negatif serta dua masih menunggu keputusan," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Anggota polis trafik Daerah IPD Hulu Selangor bersama anggota tentera melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR4 Plaza Tol Tanjung Malim) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
    Anggota polis trafik Daerah IPD Hulu Selangor bersama anggota tentera melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR4 Plaza Tol Tanjung Malim) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
    Berita Harian X