Rabu, 14 Oktober 2020 | 6:48pm

COVID-19: 4 kematian hari ini

PUTRAJAYA: Kes kematian disebabkan COVID-19 terus meningkat dengan empat kes dilaporkan hari ini membabitkan beberapa daerah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini sebanyak 167 kes atau satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Kes kematian ke-164 membabitkan kes ke-11,152 iaitu lelaki berusia 80 tahun. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan gout dan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. "

"Kes kematian ke-165 membabitkan wanita berusia 63 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth," katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes kematian ke-166 pula, adalah wanita berusia 73 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

"Kematian ke-167 ialah wanita berusia 47 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid sendstory

    Berita Harian X