Rabu, 14 Oktober 2020 | 4:28pm
Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Nelayan Port Dickson boleh turun ke laut

PORT DICKSON: Tiada halangan untuk nelayan di Port Dickson turun ke laut kerana tidak semua kawasan perairan berkenaan tercemar.

Bagaimanapun, nelayan diharap melaporkan kepada Jabatan Perikanan jika terjumpa penyu atau spesis ikan terancam seperti ikan lumba-lumba yang terperangkap dalam pencemaran minyak.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip, berkata namun jika pencemaran minyak masih ada, dikhuatiri akan menjejaskan hasil tangkapan dan merosakkan pukat mereka.

"Nelayan digesa melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika pencemaran masih berterusan dan mengetahui daripada mana punca sebenarnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Halimi berkata, nelayan diminta melaporkan segera kepada Jabatan Perikanan jika terjumpa penyu atau spesies ikan terancam seperti lumba-lumba terperangkap dalam pencemaran minyak untuk tindakan menyelamat hidupan laut berkenaan.

"Nelayan ialah mata telinga kami di laut dan sebarang pencemaran di laut yang boleh menjejaskan hidupan laut terutama spesies terancam, laporkan segera untuk tindakan kami.

"Kita berharap agar pencemaran ini dapat segera dibersihkan kerana bimbang merosakkan hidupan laut terutama ikan yang secara tidak langsung sumber rezeki nelayan," katanya.

Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Tinjauan NSTP tadi, operasi pembersihan pantai di Pantai Cermin dan Tanjung Tuan yang tercemar akibat tumpahan minyak.

Mereka menggunakan sebuah jentera dan menggunakan pembersihan cara manual bagi menghilangkan kesan kotoran pencemaran minyak di sepanjang persisiran pantai ini.

Operasi itu dijangka berterusan hingga keadaan kembali pulih yang dianggarkan mengambil masa seminggu kerana meliputi kawasan sepanjang tiga kilometer pantai ini.

Antara terbabit dalam operasi pembersihan bersepadu ini ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari Alor Gajah dan Port Dickson, Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bomba, PDRM, SWCorp, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan RELA.

KERJA pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
KERJA pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di Pantai Cermin, Port Dickson. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Berita Harian X