Selasa, 13 Oktober 2020 | 2:58pm
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah

Ku Li dilihat keluar Istana Negara

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, dilihat keluar dari Pintu 2 Istana Negara, di sini, jam 2.40 petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilihat menaiki kereta jenis Mercedes berwarna hitam.

Difahamkan, Tengku Razaleigh masuk menerusi Pintu 3 Istana Negara, tengah hari tadi.

Kehadiran Razaleigh susulan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi bagi mempersembahkan senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Berita Harian X