Sabtu, 10 Oktober 2020 | 10:12am
Kakitangan Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) Kuala Terengganu, Muhd Aqil Razali (kiri) dan Marzuki Said melakukan proses sanitasi di sekitar kawasan tadika, semalam. - Foto BERNAMA
Kakitangan Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) Kuala Terengganu, Muhd Aqil Razali (kiri) dan Marzuki Said melakukan proses sanitasi di sekitar kawasan tadika, semalam. - Foto BERNAMA

COVID-19: Terengganu catat 5 kes baharu

KUALA TERENGGANU: Kes positif COVID-19 di negeri ini meningkatkan kepada 154, berbanding hanya 149 kes, selepas lima lagi kes baharu dilaporkan semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata lima kes positif baharu yang dilaporkan semalam masing-masing dua di Besut dan Kuala Terengganu, manakala satu di Kuala Nerus.

Jelasnya, jumlah keseluruhan kes COVID-19 dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 154 kes dengan 36 kes aktif.

"Hanya satu kes kematian dilaporkan berlaku sejak penularan pandemik COVID-19 yang bermula sejak Mac lalu," katanya melalui kenyataan hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, bagaimanapun tiada penambahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Jelasnya, hanya tiga sekolah diarahkan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi sejak Rabu lalu.

"Jika ada sekolah yang ditutup seperti ditularkan melalui laman sosial termasuk Facebook (FB), penutupan itu mungkin inisiatif Jabatan Pendidikan negeri dan bukannya diarahkan Jabatan Kesihatan negeri," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19


  • Berita Harian X