Jumaat, 9 Oktober 2020 | 5:45pm

Majlis perkahwinan boleh diteruskan dengan syarat ketat

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Bersyarat diteruskan dengan menepati setiap standard prosedur operasi (SOP) yang diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan, ia perlu dilakukan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan jika diadakan di hotel ia perlu dengan pengawasan pihak pengurusan hotel.

Katanya, bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan (tiga anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (empat anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.

"Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • MKN bersetuju majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan PKPD Bersyarat diteruskan dengan menepati setiap SOP. - Foto NSTP
    MKN bersetuju majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan PKPD Bersyarat diteruskan dengan menepati setiap SOP. - Foto NSTP
    Berita Harian X