Khamis, 8 Oktober 2020 | 11:15am
Dr Siti A’iasah Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia yang baharu
Dr Siti A’iasah Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia yang baharu

Siti A'iasah dilantik ketuai Agensi Nuklear Malaysia

KUALA LUMPUR: Dr Siti A'iasah Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Dr Mohd Abd Wahab Yusof yang bersara pada 21 September lalu.

Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Korporat Agensi Nuklear Malaysia, pelantikan Siti A'iasah dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam bidang penyelidikan.

Ia bagi membolehkan Siti A'iasah menerajui kepemimpinan di Agensi Nuklear Malaysia dan seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan.

Siti A'iasah mendapat pendidikan Ijazah Pertama Kejuruteraan (Elektrik), University of New South Wales, Australia pada 1987 dan mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fizik Gunaan (Kawalan Pencemaran Udara) daripada Universiti Malaya pada 2015.

Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal) Agensi Nuklear Malaysia yang baharu
Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal) Agensi Nuklear Malaysia yang baharu

Sementara itu, bekas Pengarah Bahagian Agro dan BioSains serta pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman, Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal), berkuat kuasa semalam.

Beliau pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius.

Berita Harian X