Isnin, 5 Oktober 2020 | 5:02pm
Longgokan bahan buangan haram serta bahan sebatian organik tersisa ditemui di belukar Kawasan Perindustrian Nilai dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Langat dan Sungai Semenyih/ - Foto Ihsan KASA
Longgokan bahan buangan haram serta bahan sebatian organik tersisa ditemui di belukar Kawasan Perindustrian Nilai dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Langat dan Sungai Semenyih/ - Foto Ihsan KASA
Petugas memeriksa longgokan bahan buangan haram ditemui di belukar di Kawasan Perindustrian Nilai dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Langat dan Sungai Semenyih/ - Foto Ihsan KASA
Petugas memeriksa longgokan bahan buangan haram ditemui di belukar di Kawasan Perindustrian Nilai dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Langat dan Sungai Semenyih/ - Foto Ihsan KASA

Bahan buangan haram, sebatian organik tersisa punca pencemaran

KUALA LUMPUR: Bahan buangan haram serta bahan sebatian organik tersisa dikenal pasti punca kepada pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih dan Sungai Langat, dekat sini.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan bahan buangan haram itu ditemui di kawasan belukar pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melalui Facebook memaklumkan lokasi punca pencemaran sudah dikenal pasti iaitu di kawasan belukar terbabit di mana sejumlah bahan buangan dan sebatian organik dijumpai.

"Bau busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca LRA (Loji Rawatan Air) Sungai Semenyih henti tugas semalam," katanya yang turut berkongsi beberapa foto di lokasi yang dikenal pasti.

Terdahulu, KASA melalui kenyataan memaklumkan, sisa buangan haram dijumpai itu disyaki diuruskan syarikat tidak berdaftar dan siasatan polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan merujuk penemuan di kawasan berkenaan sebagai sumber sekunder.

Dengan penemuan itu, enam sampel tanah diambil JAS Negeri Sembilan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, manakala Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan membersihkan sisa pukal di lokasi berkenaan hari ini.

Pada masa sama, kawasan pembuangan sisa organik itu dikawal rapi JAS Negeri Sembilan, manakala polis akan memantau kawasan itu.

Bagaimanapun, KASA memaklumkan pihak pengurusan Air Selangor belum dapat memulihkan bekalan disebabkan kesan bau masih kuat antara tujuh hingga lapan TON (ukuran kadar bau), namun sedang berusaha memulihkan bekalan secepat mungkin apabila kesan bau dapat dikurangkan kepada sifar.

Berita Harian X