Isnin, 5 Oktober 2020 | 10:44am
JAS Negeri Sembilan sedang membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti dan mengesahkan punca pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor. - Foto fail NSTP
JAS Negeri Sembilan sedang membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti dan mengesahkan punca pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor. - Foto fail NSTP

JAS, BKSA kenal pasti punca pencemaran Sungai Semenyih

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan sedang membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti dan mengesahkan punca pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor yang didakwa berpunca dari Sungai Batang Benar, Nilai, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata JAS dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri sudah memulakan siasatan susulan dakwaan itu.

"Setakat ini punca belum dikenal pasti, namun beberapa faktor yang mungkin boleh dikaitkan sebagai penyumbang kepada berlakunya pencemaran di Sungai Semenyih Selangor itu.

"Antara kemungkinan itu ialah operasi ladang itik yang terletak di sempadan Negeri Sembilan-Selangor di Kuala Sungai Pajam atau larutan dari tapak pelupusan Pajam selain kilang proses telur ayam di Perindustrian Nilai 2

S Veerapan.
S Veerapan.

"Bagaimanapun siasatan lanjut di bahagian Negeri Sembilan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar," katanya di sini, hari ini.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi Selangor terpaksa dihenti tugas susulan berlaku pencemaran yang didakwa berpunca daripada pencemaran di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan menerusi ciapan twitter rasminya semalam memaklumkan punca pencemaran adalah sejauh 30 kilometer dari LRA Sungai Semenyih.

Pencemaran itu menjejaskan 309,605 pengguna di 273 empat wilayah di Selangor.

Berita Harian X