X
Selasa, 29 September 2020 | 3:07pm
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Op Benteng: 29 PATI ditahan

PUTRAJAYA: Seramai 29 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng semalam, bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak keselamatan turut menahan dua penyeludup serta merampas sebuah bot dan empat kenderaan darat dalam operasi yang sama.

Beliau berkata, sejak 1 Mei hingga semalam, sebanyak 7,389 individu sudah ditahan membabitkan 6,344 PATI, 750 tekong dan 295 penyeludup.

Katanya, pihak keselamatan juga mengadakan sebanyak 81 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam, membabitkan 70 SJR polis, 10 Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), satu SJR Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Op Benteng bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19.

Pasukan ini dianggotai ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan AKSEM.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X