Selasa, 29 September 2020 | 3:06pm
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengawal sempadan negara daripada dicerobohi warga asing.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengawal sempadan negara daripada dicerobohi warga asing.

Penguat kuasa tahan 29 PATI

PUTRAJAYA: Agensi penguat kuasa menahan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menghalang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi semalam itu turut menahan dua penyeludup dan merampas sebuah bot dan empat kenderaan darat.

Beliau berkata, sebanyak 81 sekatan jalan raya dilaksanakan membabitkan 70 oleh polis, 10 oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), satu sekatan jalan raya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, sejak 1 Mei hingga 28 September, sebanyak 7,389 individu ditahan yang membabitkan 750 tekong, 6,344 PATI dan 295 penyeludup.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan, terutamanya di lorong tikus," katanya melalui kenyataan media hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X