Selasa, 22 September 2020 | 6:12pm

COVID-19: Kementerian Kesihatan sedia katil tambahan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah menyediakan katil tambahan bagi menghadapi peningkatan kes di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain penyediaan katil pihaknya juga sudah mempersiapkan beberapa lokasi untuk dijadikan pusat kuarantin kepada pesakit di bawah pemantauan (PUI).

"Bagi penyediaan katil bagi kes positif COVID-19, sebanyak 251 katil ditempatkan di Hospital Lahad Datu, 401 katil di Hospital Tawau dan 40 katil di Hospital Kunak.

"Bagi pusat kuarantin PUI pula, di Tawau terdapat satu lokasi iaitu di Institut Perguruan Tawau (720 katil), di daerah Lahad Datu di Palm Inn Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (118 katil), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (160) dan Felda Sahabat (76).

"Di Kunak pula, 15 katil di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim; 12 katil di Rumah Kerajaan Negeri dan 100 katil di Asrama Sekolah Menengah Agama Kunak.

"Di Semporna, 180 katil ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ria," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat tujuh kluster yang masih aktif di Sabah dan Kluster Benteng di Lahad Datu menjadi kluster terbesar yang sudah menjangkiti 624 individu.



  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSPT
    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSPT
    Berita Harian X