Selasa, 22 September 2020 | 5:39pm

COVID-19: Kluster Bangau-Bangau pula di Sabah

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu di Semporna, Sabah dikesan iaitu Kluster Bangau-Bangau yang kini sudah menjangkiti lima individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kluster berkenaan dikesan hasil saringan kemasukan pesakit di Hospital Semporna.

Katanya, lima kes itu iaitu kes ke 10,340 hingga kes ke 10,344 dikesan positif semalam, membabitkan empat rakyat tempatan dan seorang warga asing.

"Semua mereka tidak menunjukkan sebarang gejala dan dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut. Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 97 individu sudah disaring.

"Daripada jumlah itu, seramai 92 individu kini masih menunggu keputusan saringan COVID-19," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP
    Berita Harian X