Khamis, 17 September 2020 | 5:51pm

Artifak dipercayai berusia lebih 900 tahun ditemui di Melaka

MELAKA: Beberapa artifak dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah antara abad ke-15 hingga ke-16, berjaya ditemui di kawasan paya bakau sekitar Pulau Melaka-Taman Melaka Raya, di sini.

Penemuan itu meliputi serpihan seramik seperti tembikar dan porselin yang dipercayai digunakan pada zaman Dinasti Song, serta beberapa syiling mata wang Belanda jenis VOC dan Portugis.

Selain itu, serpihan kayu dipercayai rangka kapal dagang digunakan pada zaman berkenaan, turut ditemui.

Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara (JWN), Mesran Mohd Yusop, berkata lokasi penemuan berkenaan dikesan pihaknya selepas menerima maklumat daripada orang awam yang memancing ikan dan mengutip siput sedut di kawasan terbabit sejak dua tahun lalu.

Terbaru, beliau berkata, beberapa lagi artifak ditemui kaki pancing, semalam.

"Kami tidak menolak kemungkinan artifak ditemui ini digunakan pada zaman empat dinasti, iaitu Dinasti Song, Yuan, Ming dan Cheng.

Pecahan seramik seperti tembikar dan porselin. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Pecahan seramik seperti tembikar dan porselin. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

Kakitangan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Muhammad Faiz Arshad memeriksa kepingan kayu yang dipercayai rangka dari sebuah kapal. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Kakitangan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Muhammad Faiz Arshad memeriksa kepingan kayu yang dipercayai rangka dari sebuah kapal. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

Penyelidik tempatan, Datuk Dr Dionysius Sharma menunjukkan mata wang kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Belanda dan Portugis. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Penyelidik tempatan, Datuk Dr Dionysius Sharma menunjukkan mata wang kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Belanda dan Portugis. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

"Ia sekali gus memberi gambaran bahawa hubungan antara Melaka dengan China benar-benar wujud pada abad terbabit.

"Kami menjangkakan banyak lagi artifak akan ditemui di kawasan ini," katanya kepada pemberita di lokasi penemuan itu, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz, dan Pengurus Besar PERZIM, Mohd Nasruddin Rahman.

Kawasan paya bakau terbabit dipercayai adalah tapak tambakan laut yang dahulunya menjadi pelabuhan kapal dagang dari seluruh dunia.

Mengulas lanjut, Mesran berkata, dipercayai antara sebab artifak terbabit baru ditemui kini ialah perubahan aras air dan kerja penambakan laut di sekitar Pulau Melaka yang menyebabkannya timbul di permukaan lumpur serta daratan.

Justeru, beliau berkata, satu penyelidikan survey arkeologi yang dikawal selia JWN dan PERZIM dengan bantuan penyelidikan diketuai Datuk Dr Dionysius S K Sharma, akan dijalankan untuk memperoleh perincian jelas.

Kakitangan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Muhammad Zulkarnain Baharudin memeriksa tembikar tanah. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Kakitangan Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Muhammad Zulkarnain Baharudin memeriksa tembikar tanah. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

Mata wang kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Belanda dan Portugis yang ditemui. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Mata wang kesultanan Melaka zaman pemerintahan Sultan Mahmud, Belanda dan Portugis yang ditemui. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

Pecahan seramik seperti tembikar dan porselin yang ditemui. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Pecahan seramik seperti tembikar dan porselin yang ditemui. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman

"Penemuan artifak ini menjadi nilai tambah kepada Melaka dari sudut sejarah. Tambahan pula, Bandaraya Melaka sudah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia," katanya.

Mesran memaklumkan, penerangan mengenai lokasi penemuan artifak berkenaan, dokumentasi fotografi dan analisis artifak, termasuk bahan bertulis yang tersedia di Pulau Melaka, khusus membabitkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, akan digarapkan dalam bentuk laporan supaya kajian arkeologi selanjutnya dapat dijalankan.

Selain itu, beliau menyarankan agar kajian arkeologi serta penyelamatan artifak seumpama itu dilaksanakan dengan kaedah lebih sistematik dan terancang.

"JWN juga memohon orang ramai mematuhi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) serta Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Melaka 1988 dengan melaporkan segera sebarang penemuan artifak sejarah di sekitar Pulau Melaka, kepada pegawai daerah atau Pesuruhjaya Warisan," katanya.

Mesran (kanan) menunjukkan artifak meliputi serpihan tembikar dan porselin yang ditemui di Pulau Melaka. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Mesran (kanan) menunjukkan artifak meliputi serpihan tembikar dan porselin yang ditemui di Pulau Melaka. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Berita Harian X