Selasa, 15 September 2020 | 3:24pm
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan operasi dengan membantu memotong kayu di lokasi kejadian tanah runtuh di laluan Batu 15 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi. - NDTP/Ihsan APM

Jalan Tapah-Cameron Highlands boleh dilalui semula

TAPAH: Laluan di kedua-dua arah Jalan Tapah-Cameron Highlands yang terhalang akibat kejadian tanah runtuh di Batu 16 pagi tadi, dibuka semula untuk semua kenderaan kira-kira jam 5.00 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kerja pembersihan masih giat dijalankan walaupun semua kenderaan boleh melaluinya.

Katanya, pihak syarikat konsesi masih menunggu bantuan jentera berat bagi membersihkan sepenuhnya kawasan yang terbabit runtuhan tanah itu.

"Walaupun kerja pembersihan belum siap sepenuhnya tetapi kenderaan sudah dibenarkan melalui jalan di kedua-dua arah itu," katanya.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah-Ringlet, berhampiran Cameron Highlands pagi tadi tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa kecuali kesesakan lalu lintas sejak pagi tadi.

Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan operasi dengan membantu memotong kayu di lokasi kejadian tanah runtuh di laluan Batu 15 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi. - NDTP/Ihsan APM
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan operasi dengan membantu memotong kayu di lokasi kejadian tanah runtuh di laluan Batu 15 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi. - NDTP/Ihsan APM

Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan operasi dengan membantu memotong kayu di lokasi kejadian tanah runtuh di laluan Batu 15 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi. - NDTP/Ihsan APM
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan operasi dengan membantu memotong kayu di lokasi kejadian tanah runtuh di laluan Batu 15 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pagi. - NDTP/Ihsan APM

Wan Azharuddin berkata, tanah runtuh berlaku di tiga lokasi iaitu Batu 10, Batu 16 dan Batu 20 membabitkan Jalan Tapah-Ringlet.

Berita Harian X