Selasa, 15 September 2020 | 9:57am
Anak gajah berusia kira-kira seminggu diselamatkan penduduk Kampung Orang Asli Tanah Abang selepas terjatuh ke dalam Sungai Endau. - Ihsan PERHILITAN
Anak gajah berusia kira-kira seminggu diselamatkan penduduk Kampung Orang Asli Tanah Abang selepas terjatuh ke dalam Sungai Endau. - Ihsan PERHILITAN

Anak gajah jatuh sungai diselamatkan

KLUANG: Seekor anak gajah berusia kira-kira seminggu diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai, petang semalam.

Pengarah PERHILITAN Johor, Salman Saaban, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 2 petang daripada penduduk Kampung Orang Asli Tanah Abang, sebelum empat kakitangannya dikejarkan ke lokasi.

Katanya, anak gajah berkenaan diselamatkan penduduk kampung sebaik terjatuh ke dalam Sungai Endau.

"Siasatan di lokasi mendapati anak gajah itu terjatuh ketika cuba menyeberangi Sungai Endau dan tertinggal oleh kumpulannya.

"Pemeriksaan juga mendapati anak gajah berkenaan tidak mengalami kecederaan serius kecuali kesan luka kecil lama," katanya dalam satu .

Anak gajah yang diselamatkan penduduk kampung sebaik terjatuh ke dalam Sungai Endau. - Ihsan PERHILITAN
Anak gajah yang diselamatkan penduduk kampung sebaik terjatuh ke dalam Sungai Endau. - Ihsan PERHILITAN

Anak gajah dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing untuk pemeriksaan lanjut. - Ihsan PERHILITAN
Anak gajah dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing untuk pemeriksaan lanjut. - Ihsan PERHILITAN

Salman berkata, anak gajah itu kemudian dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing untuk pemeriksaan lanjut.

"Haiwan itu akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang untuk diberi rawat lanjut," katanya.

Salman berkata, ia kejadian kedua anak gajah diselamatkan pihaknya dalam tahun ini.

Pada 14 Julai, lalu seekor anak gajah yang berkeliaran bersendirian di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing berjaya diselamatkan.

Berita Harian X