Ahad, 13 September 2020 | 10:52am
Anggota APM Kulim melakukan pemantauan di rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat. - Foto ihsan APM
Anggota APM Kulim melakukan pemantauan di rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat. - Foto ihsan APM

200 penduduk terjejas banjir kilat di Kulim

KULIM: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air Sungai Kob, di sini meningkat menyebabkan banjir kilat berlaku di lima kawasan daerah ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini, berkata menjejaskan 200 penduduk daripada 50 rumah.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Perumahan Awam Karangan, Kampung Bonggol Penyengat, Kampung Baru Sungai Kob, Kampung Padang Limau dan Kampung Padang Janggus.

"Hujan lebat sejak jam 6.30 petang semalam mengakibatkan paras air Sungai Kob naik selain turut menenggelamkan jambatan yang menjadi laluan utama di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Selain APM, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim serta PDRM turut terbabit membantu penduduk kampung yang terjejas. APM akan melakukan pemantauan berterusan di kawasan berkenaan.

Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air Sungai Kob, Kulim meningkat menyebabkan banjir kilat berlaku di lima kawasan daerah ini. - Foto ihsan APM
Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air Sungai Kob, Kulim meningkat menyebabkan banjir kilat berlaku di lima kawasan daerah ini. - Foto ihsan APM

Berita Harian X