Jumaat, 11 September 2020 | 10:50pm
Wartawan Berita Harian, Junita Mat Rasid dan Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz memenangi kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS) 2019. Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Wartawan BH ungguli Anugerah MPI

KUALA LUMPUR: Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- PETRONAS 2019 malam ini, apabila memenangi empat kategori utama.

Akhbar BH mengungguli Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang menerusi laporan 'Sumber Air Terancam, 'Pulau Haba Punca Bencana', '16 Sungai Nazak' dan 'Akta Alam Sekitar Lompang'.

Laporan itu dihasilkan wartawan, Junita Mat Rasid, Mohamed Farid Noh, Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 bersama piala iringan dan sijil penghargaan.

BH turut memenangi hadiah sagu hati dalam kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang menerusi laporan Pengarang Berita Kanan, Kandungan dan Digital, Ismail Mat dan Penulisan Kolum/Rencana Pengarang menerusi Penolong Pengarang Berita, Kandungan dan Digital, Adha Ghazali serta bekas Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh dan Kategori Kartun Editorial Terbaik (Khairul Anuar Md Nor).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang kepada wartawan BH pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2020. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Anugerah disampaikan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2020 di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi dan Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan Jaafar.

Sementara itu, akhbar Harian Metro (HM) pula memenangi dua kategori iaitu Kategori Infografik Terbaik (Nor Salim Mohamed Dawam dan Nor 'Asyikin Mat Hayin) dan Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang (bekas Pengarang Kumpulan HM, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein).

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin (tengah) yang mewakili Perdana Menteri bergambar bersama pemenang pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2020. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin (tengah) yang mewakili Perdana Menteri bergambar bersama pemenang pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2020. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sementara New Straits Times (NST) memenangi Kategori Penulisan Kolum /Rencana Pengarang menerusi penulisan oleh Pengarang Eksekutif Pengeluaran NST, Rajah David Christy, manakala Pengarang Berita NST, Ahmad Fairuz Othman, menerima sagu hati kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang.

Bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Media Berhad, Allahyarham Datuk Ahmad A Talib, menerima Anugerah Khas Juri yang membawa hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Kategori Hadiah Wartawan Muda A Samad Said dimenangi Rebecca Grace Rajaen Dram (The Star); Kewartawanan Foto Cemerlang, Lee Kah Meng (Sin Chew Daily), Kategori Desain Halaman Pertama, Tung Eng Hwa (The Star), Foto Esei Cemerlang, Azhar Mahfof (The Star) dan Kartun Editorial Terbaik, Norkamaro Mohd Noor (Utusan Malaysia).

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin menyampaikan hadiah Khas Juri kepada Datuk Ahmad A Talib yang diwakili anaknya, Sophia Ahmad pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2020. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Berita Harian X