Jumaat, 11 September 2020 | 6:02pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP

Kluster Benteng catat kes baharu 167 kes

PUTRAJAYA: Kluster Benteng di Sabah terus mencatatkan pertambahan kes baharu COVID-19 iaitu 167 kes iaitu membabitkan 76 kes rakyat tempatan dan 91 kes lagi adalah warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 76 kes rakyat tempatan itu, 70 individu adalah banduan di penjara manakala enam lagi ialah orang awam yang dikesan menerusi kontak rapat.

Katanya, bagi 91 kes membabitkan warga asing pula, 61 kes adalah dalam kalangan warganegara Filipina dan 30 kes membabitkan warganegara Indonesia.

"Sehingga kini seramai 2,837 individu disaring dan 337 individu disahkan positif COVID-19. Di Tawau seramai 2,067 sudah disaring, 250 kes dikesan positif dan 625 kes negatif manakala 1,192 individu masih menunggu keputusan.

"Di Lahad Datu, seramai 770 individu disaring dan 87 kes dikesan positif COVID-19; 291 individu negatif dan 392 individu masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X