Khamis, 10 September 2020 | 3:27pm

PRN Sabah: WARISAN Plus guna tiga logo

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus akan menggunakan tiga logo pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata tiga logo terbabit ialah logo WARISAN, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan PKR.

"Logo WARISAN akan digunakan oleh WARISAN sendiri, DAP dan AMANAH (Parti Amanah Negara), manakala calon UPKO dan PKR akan mengunakan logo masing-masing," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata, setakat ini WARISAN, DAP, UPKO dan AMANAH akan bertanding di 66 kerusi, manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.

WARISAN mendapat 46 kerusi, UPKO (12), DAP (7), PKR (7) dan AMANAH (1), menyaksikan mereka bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah.



Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto MALAI ROSMAH TUAH
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto MALAI ROSMAH TUAH
Berita Harian X