Sabtu, 5 September 2020 | 5:05pm
ISMAIl Sabri Yaacob.- Foto/Bernama
ISMAIl Sabri Yaacob.- Foto/Bernama

94 ditahan dalam Operasi Benteng

PUTRAJAYA: Seramai 94 orang ditahan menrusi 26 tangkapan Operasi Benteng di bawah National Task Force (NTF) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tangkapan itu membabitkan satu tekong, 74 pendatang tanpa izin (PATI) dan empat penyeludup.

Ismail Sabri berkata, dalam operasi sama turut merampas lima kenderaan melalui 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) yang turut membabitkan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Katanya, operasi itu bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID 19.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

"Agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Berita Harian X