Sabtu, 29 Ogos 2020 | 5:43pm
Petugas SPR menutup pintu pagar tepat jam 5.30 petang tanda berakhirnya pengundian bagi PRK DUN Slim. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Petugas SPR menutup pintu pagar tepat jam 5.30 petang tanda berakhirnya pengundian bagi PRK DUN Slim. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Proses pengundian PRK Slim berakhir

SLIM RIVER: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi memilih wakil rakyat baharu, berakhir jam 5.30 petang tadi.

Pengundian di 12 pusat daerah mengundi membabitkan 54 saluran itu berlangsung sejak 8 pagi tadi.

Setakat jam 3 petang tadi, sejumlah 60 peratus pemilih keluar mengundi berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 22,794 pengundi biasa layak mengundi hari ini dalam PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pengundian awal Selasa lalu membabitkan 267 anggota polis dan keluarga, berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, di sini.

Orang ramai beratur menunggu giliran mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, bagi PRK DUN Slim. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Orang ramai beratur menunggu giliran mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, bagi PRK DUN Slim. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan ialah di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.

SPR sebelum ini dilapor menjangkakan keputusan pengundian bagi PRK DUN Slim, diumum sebelum jam 10 malam.

Galeri Pilihan Raya Kecil DUN Slim

Berita Harian X