Selasa, 11 Ogos 2020 | 8:07pm
Antara mangsa maut dalam nahas di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands. - Ihsan Bomba
Antara mangsa maut dalam nahas di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands. - Ihsan Bomba
Tindakan operasi penyelamatan oleh anggota Bomba sedang dijalankan di lokasi. - Ihsan Bomba
Tindakan operasi penyelamatan oleh anggota Bomba sedang dijalankan di lokasi. - Ihsan Bomba

7 maut, 3 cedera, treler rempuh MPV ke Cameron Highlands

IPOH: Tujuh maut manakala tiga cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 5.55 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah Perodua Alza. Jumlah mangsa terbabit adalah seramai 10 orang.

SEBAHAGIAN daripada tujuh mangsa maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan lori. - Foto ihsan pembaca
SEBAHAGIAN daripada tujuh mangsa maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan lori. - Foto ihsan pembaca

Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang ini turut menyebabkan tiga lagi cedera. - Ihsan Bomba
Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang ini turut menyebabkan tiga lagi cedera. - Ihsan Bomba

Siasatan awal mendapati kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan. - Ihsan Bomba
Siasatan awal mendapati kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan. - Ihsan Bomba

"Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan ialah tujuh maut manakala tiga cedera. (Yang maut ialah) dua kanak kanak lelaki, (tiga) perempuan dewasa dan (dua) lelaki dewasa.

"Mangsa yang cedera pula membabitkan dua kanak kanak lelaki manakala satu lelaki dewasa cedera parah," katanya.

Katanya, tindakan operasi penyelamatan sedang dijalankan di lokasi dan maklumat akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.

Berita Harian X