Rabu, 15 Julai 2020 | 8:02am

Sebahagian pelajar sekolah rendah, menengah kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR: Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali memulakan sesi persekolahan hari ini.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 Mac lalu, semua pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah hanya menggunakan pendekatan 'Home-Based Learning' bagi meneruskan pembelajaran.

Mengambil maklum kekangan dihadapi oleh pelajar, ibu bapa dan guru semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian itu, keputusan pembukaan sekolah diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin dilihat tepat pada masanya bagi memastikan motivasi pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Namun, pihak sekolah dan pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana penularan wabak COVID-19 masih ada dalam komuniti dan setiap orang perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu.

Pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun Satu hingga Empat bagaimanapun akan bermula minggu berikutnya iaitu 22 Julai.

Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali memulakan sesi persekolahan hari ini. FOTO/NSTP

Murid-murid memakai pelitup muka ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Meru. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Murid-murid memakai pelitup muka ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Meru. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Selain pelajar dan guru, ibu bapa juga turut sibuk menyusun kembali jadual, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak-anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.

Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, sesi persekolahan dibuka semula kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Mengenai perkembangan COVID-19, terdapat empat kes baharu semalam, kesemuanya membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.– BERNAMA

Guru memeriksa suhu badan murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Meru. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Guru memeriksa suhu badan murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jelapang, Meru. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Guru Ng Zhe Na membantu murid memakai pelindung muka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jelutong, Georgetown. - NSTP/Danial Saad
Guru Ng Zhe Na membantu murid memakai pelindung muka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jelutong, Georgetown. - NSTP/Danial Saad

Galeri:

  • Sesi persekolahan dibuka semula hari ini
  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Murid Berkeperluan Khas (MBK) mendengar penerangan daripada guru mengenai SOP norma baharu ketika memulakan sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun. - NSTP/Amran Hamid
    Murid Berkeperluan Khas (MBK) mendengar penerangan daripada guru mengenai SOP norma baharu ketika memulakan sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun. - NSTP/Amran Hamid
    Murid meletakkan tangan ketika menggunakan pengesan haba muka automatik ketika hadir untuk memulakan sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun. - NSTP/Amran Hamid
    Murid meletakkan tangan ketika menggunakan pengesan haba muka automatik ketika hadir untuk memulakan sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun. - NSTP/Amran Hamid
    Berita Harian X