Khamis, 9 Julai 2020 | 1:12pm
PRASARANA tambah 27 tren baharu. Foto NSTP
PRASARANA tambah 27 tren baharu. Foto NSTP

PRASARANA tambah 27 tren baharu

PELABUHAN KLANG: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akan menambah 27 tren baharu yang memiliki empat gerabak bagi kegunaan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya (KLAV 27).

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman, berkata dua tren dijadual diterima pada akhir tahun ini dan selebihnya sehingga tahun 2023.

Katanya, penambahan tren baharu itu dijangka mampu memendekkan masa menunggu antara dua hingga tiga minit terutama pada waktu puncak.

"Penambahan tren ini untuk meningkatkan kekerapan perjalanan LRT tren pada tahap yang optimum bagi laluan Kelana Jaya. Ia diperlukan untuk mengekalkan keselesaan penumpang laluan itu," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melawat pusat pembuatan tren LRT di kilang pengeluaran HARTASUMA, Taman Perindustrian Pulau Indah, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Urusan HARTASUMA, Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Halim.

Tajudidin berkata, komitmen PRASARANA ini selaras dengan misi syarikat untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Beliau berkata, spesifikasi tren KLAV 27 yang bakal digunakan ini sama dengan KLAV 14 yang diperoleh pada tahun 2017 daripada Bombardier Hartasuma Consortium (BHC), namun akan didatangkan dengan beberapa ciri penambabaikan.

Katanya, antara penambahbaikan KLAV 27 adalah ia dilengkapi dengan sistem baru Paparan Peta Laluan Digital yang diselaraskan dengan sistem pintu.

"Sistem Pengurusan Tren (TMS) dan status bagi Sistem Maklumat Penumpang disediakan bagi setiap gerabak juga dinaik taraf.

"Selain itu, sistem penyerap udara bagi mengelakkan pemeluwapan berlaku di dalam tren bagi keselesaan pengguna," katanya.

Beliau berkata, projek KLAV 27 akan dibangunkan pihak tempatan pada kadar 35 peratus bagi memaksimumkan penggunaan barang tempatan dan mengurangkan kebergantungan sumber luar.

Sementara itu katanya, BHC akan bertanggungjawab menjalankan pemasangan 'bogie' atau dek roda tren di negara ini menerusi Program Kerjasama Industri (ICP).

"Bogie ini akan dipasang sepenuhnya di Malaysia untuk 19 tren set yang terakhir. Pemasangan 'bogie' ini penting bagi proses pemindahan teknologi dan pembangunan pengetahuan

Berita Harian X