Rabu, 8 Julai 2020 | 5:50pm

Kluster Seri Petaling diisytihar tamat

PUTRAJAYA: Kluster terbesar iaitu perhimpunan di masjid Seri Petaling diumumkan tamat selepas tidak lagi mencatatkan sebarang kes COVID-19 berkaitan dengan majlis itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan mula dikesan pada 11 Mac lalu dan sudah menjangkiti seramai 3,375 individu yang menyertai perhimpunan berkenaan termasuk ahli keluarga mereka.

Katanya, kes positif COVID-19 pertama kluster itu dilaporkan seminggu selepas perhimpunan berakhir, iaitu kes ke-131 dan kes ke-136.

"Sehingga 8 Julai lalu, seramai 42,023 individu sudah disaring, daripada jumlah berkenaan 3,375 kes positif dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia.

"Kes bagi kluster dan sub-kluster di bawahnya adalah dikesan di tujuh negeri membabitkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara dari 28 negara.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
    Berita Harian X