Selasa, 7 Julai 2020 | 12:43pm
Zulkifli (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Khasyi'in, Desa Petaling Mustapha Abdullah (kanan) ketika Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling, hari ini. - Foto BERNAMA
Zulkifli (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Khasyi'in, Desa Petaling Mustapha Abdullah (kanan) ketika Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling, hari ini. - Foto BERNAMA

Musaadah COVID-19 salur hampir RM200 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membelanjakan hampir RM200 juta menerusi inisiatif dan program Musa'adah bagi membantu golongan memerlukan termasuk taska swasta sekiranya menepati syarat ditetapkan.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata golongan itu bersifat umum tanpa mengira latar belakang mereka yang memerlukan bantuan.

"Apabila kita sebut musa'adah, kita beri bantuan kepada mereka yang layak seperti nelayan atau Orang Asli, selain golongan bukan Islam.

"Apa yang penting sampai ke sasaran, boleh dimanfaatkan seramai mungkin.

"Contoh macam TASKA swasta, kita akan lihat peruntukan dan kemunasabahan jadi insya-Allah tiada masalah, kalau cukup syarat kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa'adah COVID-19 di Masjid Al-Khasyi'in, Desa Petaling di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19 sebanyak RM100,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia.


  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X