Ahad, 21 Jun 2020 | 1:46pm
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendengar taklimat daripada Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Isa Jaafar mengenai Ops Benteng di sempadan Malaysia-Indonesia hari ini. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

ATM cari pegawai, anggota tali barut seludup PATI

LUNDU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat mengesan pegawai dan anggotanya yang disyaki menjadi tali barut yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagangan manusia.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit dalam kesalahan serius itu.

Justeru, siasatan dalaman kini sedang dijalankan dan ATM memberi jaminan mereka yang terbabit akan dapat dikesan.

"Mana yang sudah kena tangkap (ditahan) terserah kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang awam. Mana-mana yang mungkin masih terbabit, kami akan cari dan tentukan mereka dapat dikesan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pos Gabungan ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain; Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Dzulkafli Mustafa: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Datuk Ken Leben.

Affendi turut memberi jaminan, mereka yang didapati melakukan kegiatan yang mengancam kedaulatan negara itu akan menerima tindakan sewajarnya.

"Saya tidak akan memberitahu apa tindakan yang dikenakan terhadap mereka, tetapi saya jamin ia pembalasan yang setimpal," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan, polis mengenal pasti puluhan pegawai dan anggota polis serta ATM bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI.

Terdahulu, Affendi meninjau kawasan operasi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di lokasi lorong tikus sekitar Biawak.

Sepanjang Ops Benteng dilaksanakan, sebanyak 49 lokasi laluan tikus baharu dikesan di seluruh Sarawak.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendengar taklimat daripada Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Isa Jaafar mengenai Ops Benteng di sempadan Malaysia-Indonesia hari ini. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mendengar taklimat daripada Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Isa Jaafar mengenai Ops Benteng di sempadan Malaysia-Indonesia hari ini. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

"Kawalan operasi ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Ops Benteng yang diletakkan di bawah koordinasi ATM melalui penubuhan National Task Force.

"Operasi ini dilaksanakan bagi mengawal ketat sempadan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain bagi menangani jenayah rentas sempadan terutamanya menyekat pencerobohan PATI selain mengekang penularan pandemik COVID-19 yang mungkin dibawa oleh pendatang itu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata 10 lagi pos kawalan sempadan akan dibina di Sarawak bagi meningkatkan lagi kemampuan mengawasi pencerobohan di sempadan.

Berita Harian X