Khamis, 28 Mei 2020 | 12:14pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dr Zulkifli guna tempoh kuarantin, teliti pelan tindakan berkaitan Islam

PUTRAJAYA: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggunakan tempoh kuarantinnya untuk meneliti beberapa pelan tindakan segera berkaitan urusan agama Islam untuk dilaksanakan pada peringkat persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, semua agensi di bawahnya juga wajib menyerahkan laporan bulanan bagi menilai prestasi semasa.

Beliau berkata, perkara itu diadakan sejak Mac lalu bertujuan menilai tahap sesebuah agensi berkenaan.

"Bagi kad laporan Mei Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) akan dikeluarkan pada awal Jun ini bagi ⁣menetapkan sasaran yang perlu dicapai pihaknya.

"Tempoh kuarantin bagi semua ahli Mesyuarat Pasca-Kabinet tempoh hari sehingga 3 Jun dimanfaatkan bagi meneliti laporan bulanan semua agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

"Teruskan berdoa dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana jua anda berada," katanya di laman Facebooknya hari ini. ⁣

22 Mei lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya.

Tindakan itu diambil selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID- 19.

Berita Harian X