Selasa, 26 Mei 2020 | 10:19pm
Tan Sri Affendi Buang hari ini meninjau atur gerak dan rutin rondaan yang dilaksanakan warga KD Jebat menerusi Op Benteng yang kini mengawasi perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) di sekitar Selat Melaka. - Foto FB ATM

Panglima ATM tinjau perairan zon ekonomi eksklusif di Selat Melaka

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Affendi Buang hari ini meninjau atur gerak dan rutin rondaan yang dilaksanakan warga Kapal Diraja (KD) Jebat menerusi Operasi (Op) Benteng yang kini mengawasi perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) di sekitar Selat Melaka.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa Affendi turut menyampaikan amanat kepada warga KD Jebat sebagai tanda sokongan moral dan ucapan terima kasih secara peribadi atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang tempoh operasi itu.

Affendi tiba di geladak penerbangan KD Jebat pada jam 10.40 pagi dan disambut Pegawai Memerintah Kapal, Komander Mohammed Noorsyarizal Mohammed Noordin.

Menurut kenyataan itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited menggalas tanggungjawab yang diamanahkan biarpun terpaksa bertugas di bawah cuaca panas terik, berhujan, malahan dilambung badai ombak untuk menjaga perairan Malaysia yang meliputi keluasan 614,000 kilometer persegi, demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

"Cabaran ditempuhi dengan semangat yang tidak pernah luntur dapat dibuktikan oleh warga KD JEBAT yang berkekuatan seramai 18 pegawai dan 141 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang turut berjaya mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada akhir April yang lalu.

"Ops Benteng adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

"Tumpuan utama dalam operasi bersepadu ini juga adalah untuk mengesan dan menahan tekong

laut dan darat yang memainkan peranan dalam mengaturkan perjalanan keluar dan masuk PATI ke negara ini," katanya.

Operasi itu diaktifkan di bawah National Task Force (NTF) dengan ATM diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan persempadanan negara bersama-sama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ia turut membabitkan bantuan dan atur gerak agensi lain iaitu bomba, Jabatan Kastam, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), Jabatan Perhutanan, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Berita Harian X