Selasa, 26 Mei 2020 | 7:35pm
Tinjauan sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi dari Kuala Lumpur menghala ke selatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - NSTP/Eizairi Shamsudin

Rakyat patuh, jumlah kenderaan melalui Plaza Tol Sungai Besi rendah

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hanya merekodkan 3,566 kenderaan yang melalui Plaza Tol Sungai Besi, menghala ke selatan dalam tempoh enam jam sehingga jam 6 petang tadi.

Daripada jumlah itu, 3,379 adalah kenderaan persendirian, 147 kenderaan perdagangan dan 40 kenderaan pengangkutan awam.

Berdasarkan maklumat PLUS Malaysia Bhd (PLUS), berbanding tahun-tahun sebelumnya, hari raya ketiga sering merekodkan ratusan ribu kenderaan keluar dan masuk ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan tinjauan BH bersama Inspektor Mohd Najib Zamuri dari JSPT Bukit Aman dan Inspektor Denis Venoth Eapen dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, sejak jam 1 tengah hari hingga 6 petang tadi, mendapati keadaan lalu lintas adalah terkawal meskipun terdapat sedikit kesesakan.

Kesesakan yang berlaku sepanjang 400 meter dari sekatan jalan raya (SJR) sebelum dibenarkan melalui Plaza Tol Sungai Besi ini adalah disebabkan pemeriksaan yang rapi dan teliti.

Pegawai dan anggota polis yang bertugas dibantu pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa setiap surat kebenaran yang dibawa pengguna jalan raya terbabit sebelum mereka dibenarkan melepasi SJR.

Dalam SJR ini pihak polis mengarahkan mana-mana pemandu dan penumpang kenderaan yang ingin melakukan kunjungan hari raya supaya berpatah balik.

Ini kerana arahan berkunjung untuk meraikan Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.

Selain itu, kenderaan yang diarahkan berpatah balik adalah bagi mereka yang cuba untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Sepanjang pemerhatian selama lebih empat jam, kebanyakan pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi adalah mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah yang membabitkan kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menerusi SJR itu, 20 kenderaan diberi nasihat dan diarahkan berpatah balik selepas cuba melakukan perjalanan keluar dari Lembah Klang.

Sekiranya mereka berdegil, pihak polis di negeri lokasi yang dituju mereka boleh mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000.

Berita Harian X