Selasa, 19 Mei 2020 | 4:55pm
Sumbangan tidak terhad untuk petugas barisan hadapan, namun akan diberikan kepada individu kurang bernasib baik dan keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua.
Sumbangan tidak terhad untuk petugas barisan hadapan, namun akan diberikan kepada individu kurang bernasib baik dan keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua.

COVID-19: F&NHB sumbang lebih 500,000 produk

RAMADAN adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebajikan.

Oleh itu, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), menerusi jenama ikoniknya 100PLUS iaitu minuman isotonik No. 1 di Malaysia akan menyumbangkan satu juta barangan produk dan keperluan kepada petugas barisan hadapan, 10,000 keluarga daripada golongan B40 dan individu kurang bernasib baik di Malaysia melalui kempen 'Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu'.

Mula dilaksanakan sejak tahun 2004, program 'Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu' terus menjadi acara tahunan ketika bulan Ramadan yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik supaya mereka dapat merasai nikmat Ramadan dan seterusnya mengeratkan ikatan silaturrahim rakyat Malaysia dari pelbagai budaya serta masyarakat.

Pastikan semua kekal bertenaga

Image

Melalui kempen 'Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu' ini, lebih 500,000 produk F&N termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas akan disalurkan kepada petugas barisan hadapan di hospital, balai polis dan balai bomba yang berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga ketika melaksanakan tugas.

F&NHB turut bekerjasama dengan usahawan makanan tempatan bagi memastikan mereka mendapat sokongan untuk menjana pendapatan dan seterusnya mengekalkan perniagaan di saat getir ini.

F&NHB juga akan mengedarkan bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gandum berserta produknya seperti minuman isotonik 100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N kepada lebih 10,000 keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua.

Selain itu, F&NHB juga akan mengedarkan keperluan penting yang lain seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan lampin dewasa kepada yang memerlukan.

Pakej khas untuk faedah rakyat Malaysia

Image

Memandangkan sambutan Ramadan dan Hari Raya tahun ini berbeza daripada sebelumnya, F&NHB menawarkan pakej khas rangkaian produknya di F&N Life, kedai dalam talian yang memberikan lebih faedah kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail, berkata dengan adanya pakej khas ini, pengguna boleh masak sajian kegemaran yang dulunya boleh dibeli di bazaar Ramadan dan menikmatinya dengan selesa di rumah sendiri.

"F&NHB ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia supaya bulan ini kita dapat bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam krisis ini bersama," katanya.

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19 di Malaysia, F&NHB sudah menyumbangkan lebih 200,000 barangan produk bagi menyokong komuniti yang terkesan akibat krisis ini dan memastikan petugas barisan hadapan negara di Semenanjung dan Malaysia Timur sentiasa hidrat dan bertenaga.

Berita Harian X