Khamis, 14 Mei 2020 | 7:17pm
- Foto NSTP
- Foto NSTP

Prosedur solat berjemaah perlu diketahui pengurusan masjid, jemaah

KUALA LUMPUR: Susulan kebenaran mengerjakan solat Jumaat dan waktu berjemaah di Wilayah Persekutuan mulai esok, berikut adalah prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengurusan setiap masjid, surau dan jemaah.

Selain daripada solat Jumaat dan waktu berjemaah, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan hari ini juga merangkumi solat sunat tarawih dan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PROSEDUR SOLAT JEMAAH DI MASJID & SURAU DALAM TEMPOH PKPB

# Merangkumi solat Jumaat, jemaah setiap waktu, sunat Tarawih & Aidilfitri

# Masjid dan surau dalam zon hijau

# Tertakluk kelulusan pihak berkuasa agama negeri

# Adanya kawalan oleh polis dan penguat kuasa agama

Tanggungjawab pengurusan masjid & surau

# Sediakan kaunter periksa suhu badan & sanitasi tangan

# Ambil rekod maklumat kehadiran jemaah

# Arah jemaah pulang jika gagal bawa kad pengenalan

# Dapatkan kerjasama polis dan penguat kuasa agama

# Patuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM

# Sanitasi ruang solat, kawasan sekitar, tandas & tempat wuduk sebelum & selepas solat

# Had penggunaan tandas mengikut jumlah bilik yang ada

# Jumlah 3 hingga 30 jemaah setiap sesi solat tidak termasuk imam

# Satu sesi solat jemaah setiap waktu sahaja

# Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selesai solat

Tanggungjawab setiap jemaah

# Bawa kad pengenalan setiap kali hadir

# Berwuduk di rumah

# Bawa sejadah sendiri ke masjid

# Wajib memakai pelitup muka

# Pastikan penjarakan sosial ketika berada dalam dan luar masjid

# Jarak 1 meter di antara jemaah ketika solat

# Penghidap penyakit kronik dan warga emas berusia lebih 70 tahun dilarang hadir

# Kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan hadir

Berita Harian X