Jumaat, 8 Mei 2020 | 5:26pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Kes sporadik COVID-19 berkurang

KUALA LUMPUR: Bilangan kes sporadik COVID-19 semakin berkurang bagi tempoh seminggu dengan tiga kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya tiga kes sporadik direkodkan berlaku dalam kalangan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan penyakit seperti influenza (ILI) dalam tempoh itu.

Setakat ini katanya, kes sporadik semakin berkurangan, berbanding peringkat awal penularan COVID-19 dan awal April lalu, membabitkan pesakit ILI dan SARI.

"Kita juga melaksanakan pemantauan kepada mereka bergejala di klinik, pesakit radang paru-paru yang masuk ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) serta kes kecemasan dan separa kecemasan.

"Hanya lima daripada 7,593 kes kecemasan dan separa kecemasan yang disaring dan disahkan posifif COVID-19 atau bersamaan 0.1 peratus," katanya pada sidang media di Putrajaya dekat sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X